Tuesday, November 30, 2010

lazatkah maksiat?

Salam...
terfikir hendak buat entry ni...entahlah. Ana pun secara jujurnye tak terlepas dr melakukan maksiat. Nak2 kalau maksiat dari hati tuh! Sesungguhnye kehidupan seharian kite tidak akan lari drpada melakukan maksiat nih!


Apabila Rasulullah SAW menyebut tentang `halawah al-iman', fahamlah kite bahawa iman itu manis. Taat kepada ALLAH itu manis. Berzikir, membace al-quran itu manis. Namun, kenapa sukar benar merasai kemanisan ini? Mungkin kerana hati kite sedang berlazat-lazat dengan maksiat hinggakan maksiat itu manis. Maka, hilanglah lazat ketaatan kepada Allah.Maksiat tidak akan memberi cahaya dalam hidup. Mungkin ada yg tertanya-tanya,
"kawan sy yang sorang ni selalu jer enjoy. gi buat dose, tetapi selalu shj cemerlang dlm peperiksaan." Banyak tafsiran yg kite boleh buat berdasarkan situasi nih. Sudah menjadi sunnatullah, sesiape yang berusaha akan mendapat hasilnya. Walau bagaimanapun, sesiape yang berusaha untuk mendapatkan ilmu dlm keadaan bergelumang dengan maksiat, ilmu itu tidak akan memberi cahaya dalam hidupnya di dunia dan juga di akhirat. Kalau betul pun kawan kite melakukan maksiat, namun masih lagi berjaya dengan cemerlang dlm pelajaran, maka haruslah difahami bahawa itu nasibnye katike itu shj. Sikap itu tidak akan menjamin kejayaannya pade mase hadapan.Sijil yang bakal digenggamnye hanye melambangkan ilmunye sekadar teori tanpa kualiti. Tidak akan kemana-mana.


Sama ada kite kaya atau miskin, jike kite suka berlazat dengan maksiat, hidup akan terase sempit. Cube kite fikir, adakah pemimpin berwibawa tetibe aje skandal seksnye terbongkar itu tenang hidupnye? Adakah si miskin yang mencari rezeki dengan mencuri itu tenang hidupnye? Tenang..... tetapi hanyelah sementara sahaja. Manusia yang berfikiran waras akan berusaha untuk mecapai ketenangan yang kekal bukannye yang bersifat sementare, tak gitu? Jiwa mereka yang bergelumang dengan maksiat menjadi gersang! Yang ada hanyalah kesunyian dan kesepian dalam hati. Allah akan melaknat hamba-Nya yang melakukan maksiat. Bukan sahaja dihukum oleh Allah, malah di dunia masyarakat akan menghukumnya. Tekanan akan lebih membunuh jiwanya apabila ditikam perasaan terasing! Maksiat itu bukan sahaja menyempitkan jiwa tetapi harta. Bukan itu sahaja, penggemar maksiat akan menemui jalan buntu dalam banyak perkara.


Kekuatan orang mukmin terlekat dalam hatinya. Hati bertindak untuk mengawal semua anggota badan. Ahli maksiat, kuat dan gagah fizikal, namun gelisah dalamannye kerana hatinye! Paling menakutkan, ahli maksiat akan dihukum oleh Allah dalam bentuk lemah anggota badan untuk melaksanakan ketaatan, terputus-putus jalan kebaikan baginya dan kemudian mati dalam kemasiatan. Sewaktu dibangkitkan kelak, diri pasti akan mengeluh kesal,
" Aduhai, sekiranya dulu aku berbuat sesuatu untuk hidupku sekarang ini!"( Surah Al-Fajr 89:24)


Ambillah iktibar. Kuatkan hati agar kite dapat menjauhkan diri drpd melakukan maksiat. Azab Allah terlalu pedih. Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Pembuangan bayi di merata-rata tempat  berlaku kerana terlalu banyaknya maksiat. Maksiat yang paling bahaya ialah maksiat dari hati. Orang bijak selalu cakap, dari hati, terus ke seluruh badan termasuklah bloodstream, sume2 tuh! Dan maksiat dari hati senang terjebak! sms, chatting, tuh termasuklah tuh! Bile asyik terfikirkan si dia, mulalah tak keruan... hajat nak jumpe dengannye,cume berkenalan shj, kemudian dari pengenalan itulah kemudian berkembangnye isi-isi sehingge ke penutupnya. Dan.... bukan semua penutup itu happy ending.


Pernah dengar perkataan ini tak,
"true love doesn't have happy ending because true love doesn't end!"
serapkan kate2 itu kepada yang hanya layak sahaja kerana kate2 itu terlalu berharga. Bace sekejap pun dah terpukau, kan?


wallahu'alam....
    

1 comment:

  1. assalamu'alaikum...
    btol Gee...sbb tu kita ni hamba yg lemah n pling hina.. maira pun mmg x lps dri maksiat hati..
    lbih2 ag dlm FB tu... fuhh! disitu iman kita mmg diuji .... hem.... oleh itu, kita msti sentiasa bdoa supaya diberi pengampunan n dibersihkan hati kita dri TITISAN HITAM yg mghalg cahaya NURKASIH ILAHI meneranginya....wallahu'alam

    ReplyDelete

Followers