Thursday, November 4, 2010

CELAAN MEMBAKAR SEMANGAT

   Siapalah yang tidak pernah terkena celaan,kan? Celaan demi celaan membolehkan seseorang itu berasa tertekan dan merendah diri terhadap kebolehan yang ada. Tak kurang pulang dapat melahirkan dendam demi dendam atau revenge yang boleh memakan jiwanya. Sesunggunya celaan itu sesuatu yang hina di mata kita. Ana pernah terkena celaan ni. Malah celaan itu membuatkan ana rase nak balas dendam. Tetapi, hajat tak kesampaian.....bile difikirkan semula, celaan membuatkan seseorang itu sedar terhadap kekurangan diri dan kemudian sedia untuk membaikinya. Dengan syarat mereka menjadikan celaan itu umpama ubat. Makin pahit ubat tu....makin sihatlah kite!


Pernah dengar ttg celaan berbau gini x?


"kamu dah belajar selama 3 tahun, tapi masih tak dapat menguasai subjek ini! Aku yakin kamu tak akan berjaya dalam pelajaran"...................


Bukankah celaan itu pedih? Katakanlah kite pernah terkena celaan mcm ni, seboleh-bolehnye jangan difikirkan sangat celaan tersebut kerana kelak celaan itu akan menguasai seluruh badan kite, setiap sendi kite dipengaruhi dengan celaan itu, lalu kite tidak dapat menggunakan kesan celaan itu dengan baik dan membiarkannya menjadi sesuatu yang dapat menghalang kite drpd terus berdiri di puncak!Seboleh-bolehnye jadikan celaan itu sebagai satu penguat semangat. Sentiasa sematkan dlm diri kite bahawa kite dapat lakukan yang terbaik! kerana Allah Taala. Aku akan buktikan bahawa semua celaan ini dan ini tidak benar! ya................
manusia boleh berubah! Daripada yang bodoh kepada yang cerdik dan drpd yang cerdik kepada yang bodoh. Semuanya terpulang pade kite.

No comments:

Post a Comment

Followers