Thursday, March 17, 2011

Depan komputer...

Ape yang saya buat kalau dah ade kat depan komputer????

okey...okey...

pertama kali, saya akan BUKAK FACEBOOK! Mana tau kot-kot ade kawan yang add saya!~.~Kalau takde, akan saya melihat foto-foto dan menyiasat status rakan-rakan....

Selepas Facebook, saya akan bukak YouTube pulak!

Ketiga, menjadi BLOGWALKING atau menulis dalam BBBLLLOOOGGG!!!!

Keempat, layari laman web DEVIANART.COM.

Kelima,KOREA!

Keenam, maklumat untuk kerja-kerja sekolah!~heeeee~





p/s: untuk memastikan tidak dimarahi oleh emak, tangan sentiasa kena pegang buku walaupun berada di depan komputer!<------------ JANGAN TIRU DEHH! Cara ini bukanlah menjadi faktor untuk kite berjaya dalam peperiksaan nanti!










Apa yang anda akan buat kalau and ade kat depan komputer a.k.a. laptop. ha?ha?

Wednesday, March 16, 2011

kehidupan ini penuh dengan warna!

Setiap manusia memerlukan pena. Pena bertanggungjawab dalam membantu menyelesaikan apa jua masalah atau luahan seseorang. Melalui pena, kertas yang kosong tak nampak macam kosong. Cuba kita renung pena, apakah tugasnya?ya.... mencatat dan menulis.... bagaimanakah cara untuk kita menggunakannya?

Jika kita gunakan pena dengan kasar, sudah tentu pena tersebut tidak akan berfungsi dengan seperti yang sepatutnya. Sama juga seperti hidup kita apabila disia-siakan, bagaimanakah jiwa kita hendak tenang???Setiap benda telah ditetapkan fungsinya. Sama juga kehidupan ini telah ditetapkan fungsinya.


Kehidupan kita berwarna-warni. Cantik sangat jika kita pandai menghayatinya. Dalam kehidupan, kita memang tak boleh nak dipisahkan dengan dugaan dan cabaran,kan?an?Saya nak tanya, andai kata kita diberi peluang untuk memilih warna bagi kehidupan yang sentiasa dipenuhi dengan dugaan, warna apa yang kita nak pilih???

Anda suke main kaler-kaler kan?an? Pernah tak campurkan semua warna ke dalam satu kertas? Kalau ikutkan Sains, warna putih akan terhasil jika kesemua warna disatukan. Kalau guna BUNCHO, apabila kesemua warna disatukan, kita akan memperoleh warna hitam!Kalau warna kuning disatukan dengan warna merah, kita akan memperoleh warna jingga! Kalau merah campur biru, warnanya ungu! Jika kuning campur dengan biru, warnanya ialah hijau!

Begitulah dengan kehidupan kita....
andai kata hari ini kita gembira, esok lusa akan ade perasaan sedih. Kalau hari ini kita terluka, esok lusa akan ade perasaan tenang! Kalau hari ini kita baik, esok lusa kita jahat! hehehehe....

Andai kata kehidupan kita sentiasa berwarna putih......macammana perasaan kita, erk? Tak syok ah! kan?an?

Jangan sia-siakan hidup ini walaupun kehidupan kita terlalu COMPLICATED!Sentiasalah bermusahabah diri dan bermunajat kepada ALLAH supaya membantu kita dalam segenap perkara kerana Dialah yang mampu menolong kita. Waktu kita keseorangan, Dia ada bersama-sama kita. Jika kita tak beramal, jiwa kita tidak akan tenteram, perasaan bercampur-baur dan  sangat-sangatlah tertekan sehingga kita tak tau mana satu hak, mana satu yang batil. Kita mula merasakan kehidupan nih tak layak buat kita, lantas, kita mengambil keputusan untuk SUICIDAL!

Awak!
Awak putus cintakah?!
Awak frust sebab cinta awak cuma di pertengahan jalan sajakah?!
Awak dah tertekan sangat-sangatkah?!
Awak fikir bahawa kehidupan nih dah tak bermakna lagi?!!

Kamu!
Kamu gagal dalam peperiksaan,kah?
Kamu tertekan sebab kamu tak dapat nak menggembirakan ibu bapa kamu?!
Oleh itu, adakah dengan sengajanya kamu terfikir bahawa kamulah yang paling malang?!!!

Awak!
awak  fikir ibu bapa awak marah-marahkan awak sebab benci akan awak?!
awak fikir awak jer yang kena dipersalahkan?!
adakah awak fikir bahawa hidup ini tak ada peluang yang cerah untuk diri awak?!

Saya bukannya terer sangat nak huraikan fasal kehidupan nih tapi siapalah yang suka masalah, kan? Siapalah yang suka kehidupan yang sangat-sangat COMPLICATED, kan?kan?Tapi, anggaplah ini sebahagian cubaan daripada Allah. Kan kehidupan ini berwarna-warni. Ada masanya kita terpaksa guna warna hitam, ade kalanya kita terpaksa guna warna putih etc, etc...

Ingatlah,setiap perkara ada hikmahnya. Oleh itu, jangan sedih kalau kehidupan kita is not full of happiness macam kehidupan orang lain. Manalah tau kot-kot tak lama lagi Allah bagi yang lebih baik untuk kita, kan?kan?

Ingatlah, kan kehidupan kita berwarna-warni.....

Monday, March 14, 2011

i love you!

i love it! i love you although you always keep torturing me like a machine who needs to work hard!
So dear Chemistry,
I will TACKLE you and I dont care!
So dear Chemistry,
just you wait!
grrrrrr.....

p/s:  anyway, why is Chemistry has to be a mother of Science???


maulud...maulud...

sebelum maulud nih, kami semua kene hias kelas, biar perggghhh gitu!
hahahha... kononnya esok ade pertandingan keceriaan kelas jugaklah semasa maulud nih, last last takde pun....
YEAH...thats right!
hehehe....


so,so....
kelas kami menang sepanduk!
JOHAN!
Walaupun tak menang dalam kategori perarakan terbaik macam taon lepas, takpe....insya-ALLAH, tahun depan ade rezeki.....






Sunday, March 13, 2011

aku terlalu....

Suatu hari, saya berbual-bual dengan seorang rakan. Katanya, dia mahu melanjutkan pelajaran di luar negara. Saya mengangguk-angguk. Katanya lagi, dia mahu menikmati suasana di negara yang mempunyai empat musim nih. Saya mengangguk-angguk. Kemudian, dia merenung saya. Saya buat muka innocent jer... kemudian, hati ini tersentak. "Aku..... aku.....boleh ke aku melanjutkan pelajaran ke luar negara? Boleh ke?" Saya merenung wajahnya kembali, kemudian tersenyum.... Saya memujinya kerana dia mempunyai keyakinan dalam melakukan sesuatu perkara. Sesuatu yang dia inginkan akan dia capai dengan bersungguh-sungguh. Saya kagum dengannya. Pernah saya bagitau bahawa saya kagum dengannya, dia hanya diam.Kemuadian, dia tersenyum. Sebab dia kot, saya jadi bersemangat untuk bersaing dengan dunia luar... cewaaaahhhhh!!

Saya menghargai kata-katanya...

"You're the most intelligent friend..."

iya... saya menghargai kata-katanya biar pun dia lebih hebat daripada saya.

emmm...

kenapa ek? kenapa saya lack of confident?
kenape ek?
kekadang, kekurangan tuh membuatkan saya rasa rendah diri....
dan...
perasaan saya selalu berbisik :" dunia yang kamu duduki ini sedang melancarkan konspirasi terhadap kamu!!!!"
saya....

saya nak buktikan kepada semua orang bahawa saya boleh sahut apa pun cabaran!!!
sebab...
SEBAB SAYA BOLEH!

jadi apew???

"Nanti, ambilkan homework kat atas meja cikgu ya...."

Kami tersenyum apabila cikgu cakap macam tuh...

"cikgu bagi homework kasi double punya, boleh?"

Kami mengangguk-angguk tanda setuju.

"Homework nih cikgu taknak dengar ade antara kamu-kamu nih tak siap lagi kerja sekolah!"

Kami cakap, "Bereh cikgu!!!!"

Tapi...

waktu pulang dari sekolah, kami hanya memandang buku itu tanpa berkata apa-apa.

Sepi....

hmmmm...


Wednesday, February 23, 2011

i`m trying to think of this relation...

Salam!
ADD MATH!
Yeah! kenape saya tulis ADD MATH? Pernahkah anda terfikir tentang siapa pencipta ADD MATH nih?(Jangan tanya saya.... saya tak tau!)

Haha....
bak kata Cikgu Shafiee, " kalau tak faham, buat-buat faham!"
Yeah!
Add Math nih senang jer...senang yang macammane tuh?
Well, Add Math is as easy as Add Math!
Biase ah.... setiap hari kita akan belajar benda yang baru, kita kutip ilmu-ilmu yang baru.
Biase ah.... mula-mula kita belajar sesuatu, bukannya sepantas kilat kita dah faham keseluruhannya, betul tak? Hatta Albert Einstein pun rase susah semase mula-mula nak start belajar ni, kan?kan?kan?

Jika saya tak boleh nak solve soalan Add Math nih, saya akan cakap,
"Aishhh.. siapalah yang cipta Add Math nih?"
hahaha.... begitu dangkalnya pemikiran saya waktu itu!
Ape-ape pun, tak mustahil kalau kita dapat menguasai sesuatu yang pada mulanya di luar kemampuan kita.

Adoyai.... Kak Nana boleh dapat 90 lebih ADD MATH,apasal aku selalu jer mikir tak boleh buat nih?!
Belum lagi exam dah starting mikir yang bukan-bukan....
Me always lack of confidence...
takpe...
caiyookk!
tawakal! Allah ade!

Friday, February 18, 2011

Mesir....

Salam...

hari berganti hari....minggu berganti minggu...bulan berganti bulan..... keadaan di asrama baik-baik sahaja.Moga-moga SMKAKA dirahmati Allah hendaknya....

Hari Jumaat....
waktu untuk semua pelajar aspura meninggalkan asrama bagi menunaikan sembahyang Jumaat....

waktu untuk semua pelajar perempuan bersiap sedia untuk bersolat Zohor berjemaah....

waktu untuk kami sejukkan telinga kami dengan bait-bait hikmah yang disampaikan oleh kakak-kakak Form 5 iaitu tazkirah.
Waktu inilah saya teringat akan kakak-kakak ex-form 5. Mereka sering mengadakan tazkirah untuk kami....menuturkan bait-bait bicara untuk kami bagi menyedarkan kami betapa pentingnya kita bermusahabah diri, bermunajat kepada Allah agar setiap perkara diredai-Nya. Amin.... ya Rabbal `Alamin...
hmmmm....
rindu pada kakak-kakak ex-form 5 sebenarnya nih! Moga-moga mereka dirahmati oleh Allah!

                                                               .  .  .
tadi Kak Amira menyampaikan tazkirah fasal Mesir.....
Mesir merupakan negara yang dilanda bencana. Bencana apa? Ya.....
PEMERINTAH mereka merupakan bencana. PEMERINTAH mereka yang meletuskan bencana ini! PEMERINTAH mereka telah memerintah Mesir sejak sekian lama.....terlalu lama!
Bermula daripada  Tun Dr. Mahathir menjadi Menteri Perdana sehinggalah menjadi mantan, PEMERINTAH mereka masih lagi belum bertukar arah! Malah.... segala tugasnya tak pernah berubah! Rasuah...dan segala kerja keji dah sebati dalam hidup PEMERINTAH nih!
Hosnil Mubarak....(pakai tie ala-ala merah)

saya sebenarnya tidak boleh menggantikannya dengan kata nama BELIAU. Hal-ini-dikatakan-demikian-kerana saya tidak mempunyai respek terhadapnya. Kalau saya tiada respek, umat Islam lagilah!
ok...
kenal tak siapa yang berdiri di sebelahnya?
tak kenal?
dialah salah seorang daripada anggota besar ISRAEL LAKNATULLAH!

Kita semua tahu Presiden Hosnil Mubarak memang ada kene-mengena dengan Israel nih! Dialah yang menyekat bantuan daripada sampai ke Gaza. Dengan erti kata lain, dialah yang menutup sempadan Gaza!Tengok.... Presiden nih orang Islam dan merupakan pemerintah negara Islam.Kerana dia, Mesir telah wujud sebagai negara yang mempunyai ikatan yang kuat dengan Israel! Mengapa dia buat macam tu? Mengapa dia sekat Gaza? Mengapa dia umpama lembu dicucuk hidung? Mengapa? Mengapa? Hal-ini-disebabkan Israel telah menawarkan pelbagai jenis bantuan kepadanya. Dia.... umpama orang mengantuk disorongkan bantal!
Kenapa pemerintah ISLAM melakukan perkara sedemikian?Mungkin..........

ya! mungkin dia pengecut! Bimbang jika dia berpaling tadah, segala aset kemewahannya terhapus!
Rakyat Mesir dah lama bersabar! Hari ini, mereka bangun menentang Presiden Hosnil Mubarak yang merupakan diktator yang kejam dan menekan rakyat!

Kak Amira bagitau bahawa sepanjang pemberontakan diadakan, ada satu pemberontakan yang sangat tragik! sewaktu rakyat Mesir membina benteng manusia bagi berlawan dengan polis-polis yang merupakan kerajaan Mesir, pada masa itu telah masuk waktu untuk menunaikan solat. Lantaran itu, salah seorang daripada rakyat Mesir berada di tengah-tengah  melaungkan iqamat! Dan rakyat yang membina benteng manusia tadi mula membuat saf! Kemudian mereka bersolat!Walaupun dalam keadaan huru-hara, mereka masih ingat lagi akan solat! Rasullullah  SAW pernah bersabda bahawa dalam peperangan juga kita boleh bersolat! Kita yang berada di dunia yang mewah nih! Jangan cakap malas nak tunaikan rukun Islam yang ke-2 nih, malah ada yang sengaja meninggalkan solat fardhu nih! Rahmat yang Allah kurniakan tak dapat kita gunakan dengan baik! Cuba bayang kalau negara kita dalam keadaan huru-hara.... macammana agaknya ya?

Semasa mereka bersolat, polis-polis YANG MERUPAKAN KERAJAAN MESIR mula menyembur mereka dengan alat yang digunakan untuk memadamkan kebakaran! hmmmm.... saya tak ingat apa namanya.Alah, macam paip air tuh! tapi besar... macam tu ah lebih kurang...

Cuba bayangkan kalau kite terkena macam tuh, uishhhh... pedih! Pedih takyoh nok kabo ah!Tapi....kuatnya iman mereka nih! mereka teruskan bersolat tanpa menghiraukan kepedihan tuh! Mereka bersatu padu atas dasar Islam! Kita kat Malaysia nih?!!!

Kak Amira bagitau lagi, dia tengok dalam video http://www.youtube.com/ fasal wartawan menemuramah seorang muslimah yang memakai purdah. (Saya cuba search, tak dapat....tak bole post... grrrrr...)
Wartawan tu menyoal...
macammana kalau sekarang masih ada lagi Nabi Muhammad?
Muslimah tu terdiam. Tak terkata. Kemudian, dia menangis.....

Hari ini, Presiden Hosnil Mubarak mengumumkan pengundurannya. Seluruh rakyat Mesir gembira dengan pengundurannya. Mereka telah bebas daripada kuku-kuku besi di dalam negara mereka sendiri!

Heh! Presiden Hosnil Mubarak merupakan boneka kawalan AS dan Zionis. Pengundurannya mungkin satu permulaan....

Oleh itu, kita hendaklah bersatu-padu dalam menegakkan agama kita ini! Saya yakin.... yakin sangat-sangat....
Islam akan memancarkan sinarnya suatu hari nanti! Saya yakin! Walaupun perkara ini akn menambil masa yang lama namun saya tetap yakin!




Heh! Pemerintah si diktator merupakan boneka kerajaan AS dan Zionis...

Tuesday, February 1, 2011

Cinta vs syukur....

Salam....
salah ke kite mempunyai perasaan untuk bercinta?
tak salah....
tak salah sebab kite hanyalah manusia biasa yang tak berupaya nak menghalang perasaan kita. Semua orang mempunyai perasaan untuk bercinta nih! Even saya  sendiri! Sungguh! Saya mengaku! Sebab saya pun manusia! Cuma.................

Cuma kite hendaklah mengawal perasaan kita daripada terus tunduk kepada nafsu cinta nih!Sesungguhnya definisi cinta itu trlalu banyak... malah mungkin berjuta-juta! Contohnya...

LOVE IS BLIND AND CAN MAKE EVERYONE BLINDS

TRUE LOVE DOES NOT HAVE HAPPY ENDING BECAUSE TURE LOVE DOES NOT END

KISAH PERCINTAAN YANG ROMANTIK MEMBAWA LAKARAN YANG SUKAR UNTUK DITAFSIRKAN...

Dan yang seumpamanya.
saya tidak jiwang... TIDAKKK! sungguh!


macammana boleh terbitnya perasaan cinta nih?
adakah disebabkan parasnya?
atau keimananya?
atau taraf kehidupannya?
semuanya terpulang kepada kita...

memang tak boleh kita nafikan perasaan cinta mungkin boleh datang secara tiba-tiba sahaja dalam hati nih sebab kita mula melangkah ke alam remaja. Alam remaja merupakan alam yang indah, sesuai dengan perasaan cinta yang kebanyakannya berputik semasa kita dalam usia remaja nih! Dahulu.....
jika kita jatuh cinta pada seseorang itu,(dan si dia juga jatuh cinta kepada kita)
kita berasa sangat-sangatlah malu untuk bertentang mata dengannya.Apabila si dia juga tahu bahawa kita menyukainya, si dia pun berasa sangat-sangatlah segan. Dahulu.... orang yang bercinta tidak akan mempamerkan rase cinta mereka yang mula diulit mimpi indah kepada masyarakat sekeliling. Mereka tak berpegangan tangan, tak duduk berdua-duaan di tempat yang gelap.... cukuplah sekadar menjenguk ke luar tingkap.... itupun terpaksa menghendap-hendap, takut diketahui oleh orang tua.
Sekarang....
kita dah tak malu lagi nak tunjukkan kehebatan cinta nih! Kononnya, BERSENI!


Apabila kisah percintaan kita tak sampai ke akhirnya, putus di tengah-tengah jalan....kite terpaksa berkelip-kelip sebab apabila putus, kite tak pasti bila kisah kita akan bersambung semula... Waktu itu, kite mule terfikir,
adakah kita nih hodoh?
tak sempurna bagi matanya?
.......

Lalu, kite beranggapan bahawa kite memang ditakdirkan untuk keseorangan walhal dalam waktu-waktu macam nih, seharusnya kita bermunajat kepada Allah, mintak diampunkan semua dosa kita. Dosa kita kerana bercinta yang belum lagi layak buat kita....
Kita ada perasaan! Perasaan untuk dikasihi dan disayangi! Oleh itu, janganlah semudah itu kite membiarkan perasaan disayangi dan dikasihi dirombak begitu sahaja kepada orang yang belum lagi layak untuk kita!

Who loves you?

Who loves you actually?

Allah....

kekadang ada hikmahnya kenapa cinta kita terputus di tengah jalan. Mungkin Allah nak bagi rahmat kat kite, untuk mengelak kita daripada melakukan sesuatu yang terkutuk! Apatah lagi waktu itu kite masih usia jagung!
Biarkan perasaan dikasihi dan disayangi itu diserahkan kepada Allah Taala. Kite, REMAJA... tanggungjawab kita bukanlah mencari atau menagih cinta sebaliknya menagih ilmu sebagai panduan untuk kite mengharungi onak yang akan mendatang tak lama lagi. Usia remaja tidak seharusnya disia-siakan dengan cinta yang tak pasti boleh membawa kita ke Syurga Al-Jannah!

Orang cakap dari mata turun ke hati....
oleh itu, perkara yang utama untuk mengelak daripada berlakunya renjatan cinta ialah mengawal mata daripada terus dikawal....Anugerah yang Allah berikan iaitu mata dan hati sepatutnya kita gunakan dengan sebaik-baiknya. Lantara itu, kite harus bersyukur ke hadrat Illahi kerana kita dikurniakan mata dan hati yang sempurna dan boleh lagi menjalankan fungsinya dalam kehidupan kite.

Syukurlah kepada Allah kerana kita dikurniakan rasa untuk dicintai....
namun perasaan itu jika dijaga dengan baik dan sempurna, insya-Allah, kite boleh luahkannya kepada orang yang betul-betul layak untuk kita iaitu..... SUAMI!

wallahu`alam....










....

Salam...

mengapa kita ditemukan
dan akhirnya kita dipisahkan
mungkinkah menguji kesetiaan...
kejujuran dan kemanisan iman...

Apabila saya menghayati bait-bait dalam nasyid Brothers-Untukmu Teman, otak ini mula berlaga-laga mencari makna di sebalik perpisahan antara sahabat. Dahulu, waktu saya Form 1, hati saya tidaklah sesentuh mana apabila menghadapi situasi perpisahan ini. Mungkin waktu itu, saya 'still fresh' di SMKAKA, jadi perasaan sedih yang menusuk kalbu  tidak hadir lagi waktu itu.

Sekarang....

 perasaan sedih yang teramat mula saya rasa apabila menghadapi situasi perpisahan ini. Mungkin ukhwah dah lama terbina.....hampir 4 tahun! Mungkin disebabkan ukhwah itulah, saya boleh rase keperitan menghadapi perpisahan ini!
Nadhrah -KISAS
Siti- SMK PASIR PUTEH
Umairah- SMAASZA
Syahmi- KISAS
Lutfi-KISAS
Zulhilmi-KISAS

Dan.....
mungkin ramai lagi yang akan menyusur!

Masih saya ingat lagi waktu di Tingkatan 3. Bulan Januari merupakan bulan untuk kite start bertungkus-lumus hafal SEJ, GEO,PAI, BM BAHAGIAN KOMSAS DAN NOVEL, BI BAHAGIAN LITERATURE,buat latihan MT, SN, bace karangan BM dan BI, cari peruncingan tajuk untuk BA dan KH...
 Semuanya kita lakukan bersama-sama....
Kite tension bersama-sama...
Kite bersengkang mata bersama-sama...
Kekadang....
Kite mengeluh sebab kerja sekolah terlalu banyak...   KEKADANG LERRR...
Tapi, itu tak patahkan semangat kita,kan??

Saya ucapkan tahniah sebab dapat tawaran ke sekolah baharu!
Saya tumpang gembira gak!
Kite sedih apabila melalui perpisahan ini...
Kalau ikutkan hati, mahu sahaja saya halang kamu-kamu semua daripada berhijrah... tapi, siapalah saya yang berhak tentukan masa depan kamu-kamu kan?kan?haha...
Tapi,
" boleh jadi kita membenci sesuatu, padahal ia baik untuk kamu.Boleh jadi kita menyukai sesuatu, padahai ia buruk untuk kamu."

last but not least,
buat yang terbaik kat sekolah baru nanti, ek?
apabila kamu-kamu berjaya menaikkan nama sekolah baru, berdiri dan bagitau kepada semua orang bahawa kamu-kamu asalnya pelajar dari SMKAKA! diulangi....SMKAKA!!
Jangan lupakan kami di sini....
kamu-kamu ibarat gunung yang dilindungi oleh awan yang tebal...pabila awan itu berarak, kamu-kamu berdiri megah mempamerkan kesenangan kami!

Friday, January 21, 2011

Ambillah peluang ini...

Salam....


Okeyyy....
warning!BACE DENGAN PENUH EMOSI!
Friends!
Kawan!
sodiqi/sodiqoti!
Tomodachi!

Tak kisahlah kita nak panggil apa-apa pun asalkan yang melambangkan persahabatan....
OKEY...
2011 is not that quite interesting...

Form 4 memang berbeza dengan Form 3,kan?kan? Bermula daripada syllibus hinggalah kepada 'kematurean' kawan....Masih saya ingat lagi waktu saya pada tahun 2008 iaitu semasa dalam Tingkatan 1....
Saya bukanlah seorang yang happy-go-lucky atau some sort like that....saya seorang yang mudah putus asa waktu itu...dan.....waktu itulah saya mengenali antara satu sama lain. Sikap sebenar seorang kawan.....
yang tabah....

yang ceria...

yang penyayang...


yang lucu...

yang kuat semangat...

semua tuh mengajar saya ape ertinya hidup ini! cewaaahhh...

naik Tingkatan 2,ramai kawan dah mule mengenali ape ertinya sebuah pengorbanan... Pengorbanan yang kekadang menuntut kita supaya bermandikan peluh dan air mata! Kawan yang dahulu saya kenal dah berubah menjadi seorang kawan yang tak patah semangat....

Kelas 2MB5 banyak mengajar saya apa erti 'usaha'. Berkat doa ibu bapa, guru-guru dan... DORONGAN DARIPADA KAWAN-KAWAN, saya mula bangkit daripada kegelapan! cewaahhhhh!

Waktu saya mengharungi onak dan duri semasa dalam Tingkatan 3, kawan-kawan yang banyak membantu saya yang selalu jer terkapai-kapai.....

mereka pinjamkan bahu untuk saya menangis...

mereka pinjamkan telinga untuk dengar ucapan saya...

mereka hulurkan tangan waktu saya dalam kesusahan...


dan saya bangga dengan mereka!


itulah adat di asrama!Susah - payah bersama kawan-kawan. Nak gaduh pun libatkan kawan-kawan. Menangis pun bersama kawan-kawan...

Tahun ini....
2011...

sudah menjadi lumrah hidup bahawa setiap pertemuan ada perpisahan.....
sesiapa yang dapat sekolah yang lebih baik.... PERGILAH...

Pergilah kumpul ilmu di sekolah baru....

pergilah berhijrah ke sekolah baru....

Rasulullah S.A.W. pun berhijrah, tau!

Baginda pun rase sedih nak tinggalkan Mekah.

Kawan-kawan yang nak pindah nih.... mesti rase sedih jugak,kan?an?an?

Tapi...

itulah yang dinamakan pengorbanan!

Saya?

Saya okey je.... (padahal waktu menulis entry nih, air mata dah bertakung!)

Mak mintak supaya saya stay kat KAKA dan cuba naikkan SMKAKA....
Tapi...

boleh ke saya naikkan SMKAKA?

tak pe lah...

kawan...

ade hal saya nak bagitau nih!
penting nih!


kalau dah nak berhijrah, saya nak ucapkan terima kasih! Maafkan saya sekiranya saya tersilap bahasa atau apa-apa yang boleh menggores perasaan awak sumer!Walau di mana pun kite cari ilmu, atas kesungguhan kite.... insya-Allah, rezeki ada di mana-mana....

wallahu'alam...

Turunnya Nabi Isa...

Salam...
Terdetik di hati ini untuk meceritakan peristiwa di akhir zaman kelak...

Turunnya Nabi Isa a.s. pada akhir zaman merupakan aqidah yang wajib diimani oleh setiap orang Islam. Dalam surah al-Nisa' ayat 157 dan 158 yang bermaksud:

"Padahal mereka tidak membunuhnya (Isa a.s.) dan tidah pula menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang orang yang berselisih faham tentang (pembunuhan) Isa benar-benar dalam keraguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapakah yang dibunuh itu, kecuali mengikut sangkaan belaka. Mereka tidak pula yakin bahawa yang mereka bunuh itu alah Isa.(yang sebenarnya) Allah telah mengangkat Nabi Isa kepada-Nya. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Penyayang.

 Manakala pada ayat 159 pula Allah s.w.t. mengkhabarkan: "Tidak seorang pun daripada ahli kitab, kecuali akan beriman keadanya(Isa), sebelum wafatnya (Isa,). Dan pada hari kiamat nanti, Isa akan menjadi saksi terhadap mereka".



TERSEBARNYA KEDAMAIAN DI MUKA BUMI


Iman Ahmad meriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A. bahawa Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Para Nabi adalah saudara sebapa, ibu mereka berbeza-beza, tetapi agama mereka cuma satu! Aku adalah manusia yang paling dekat dengan Isa bin Maryam kerana tidak ada Nabi di antara dia dan aku. Dan sesungguhnya dia akan turun. Apabila kalian melihatnya, maka kenalilah, dia adalah seorang lelaki yang berperawakan sederhana, berkulit putih kemerah-merahan, dia memakai dua helai baju yang berwarna kuning-kekuningan, seakan-akan (rambut) di kepalanya menitiskan air, walaupun tidak basah (kiasan yang bermaksud keelokan dan kebersihannya.) Dia akan mematahkan salib, membunuh babi-babi, menghapuskan jizyah dan menyeru manusia kepada Islam.

"Pada zamannya Allah akan menghancurkan seluruh agama kecuali Islam.Dan pada zamannya juga Allah akan membinasakan al-Masih al-Dajjal.Kemudian terciptanya  kedamaian di muka bumi, sehingga singa bersama unta yang sedang meragut rumput, harimau bersama lembu, serigala bersama kabing dan anak-anak kecil bermain  dengan ular tanpa membahayakan mereka. Beliau akan tinggal bersama mereka selama 40 tahun, kemudian wafat. Kaum Muslimin kealk akan mensolatkan jenazahnya." (Riwayat Abu Daud)

Moga-moga kita sempat bermusahabah diri kerana kelak kita akan dijemput oleh Allah dan tiada sesiapa pun yang boleh melarikan diri daripadanya.....

Thursday, January 6, 2011

AZAM 2011


Salam...
yeah! Back to school! You see... even I say THAT doesn't mean I REALLY excited to go to school. Hahaha!I'm not used to be like that... geezzz!

So anda-anda semua, adakah anda telah memasang  azam baru untuk tahun 2011 nih? Seperti in the preview entry, terbenamnya 2010 bermakna terbitnya tahun 2011! Harap-harap azam kita dapat dilaksanakan dengan sempurna. Setiap tahun, dugaan dan cabaran memang WAJIB singgah dalam kehidupan kita. Nak taknak, kita harus face juga. Jika tidak, tiada ertinya sebuah kehidupan,kan?


AZAM 2011!

Kita sebenarnya kuat. Kekuatan itulah yang melindungi kita daripada sebarang bentuk ancaman! Kekuatan datangnya daripada hati kita. Begitu juga dengan azam!Azam yang kuat akan melahirkan insan modal terbilang. Oleh itu, pasang azam baik-baik supaya tahun 2011 dijadikan tahun yang lebih bermakna daripada tahun sebelumnya.

Anyway, I'm trying to ignore my lazzynest right now!To be honest, I'm not ready to go back to school....
since syllibus in Form 4 is really getting on my NERVE now.

Semakin menekan...

Salam....

 Siapa yang tak kenal dengan Kak Nik Nur Madihah, pelajar yang cemerlang dalam SPM, SILA ANGKAT TANGAN!

Beliau memang hebat! Semua orang tahu bahawa pengambilan subjek sebanyak 20 memang sah boleh membuatkan kita rase tension tapi....  beliau tak anggap pun subjek-subjek tuh sebagai beban.Cuba bayangkan, bagaimana rasenye terpaksa menghafal Sejarah, Quran dan As-Sunnah, Physics, Chemistry, Biology dan dalam masa yang sama, terpaksa menyiapkan assignment tentang Prinsip Akaun dan yang sewaktu dengannya. Cuba bayangkan macammana?

 Kalaulah saya yang ambil semua subjek SPM, tak kisahlah dalam Sains Pengurusan, Sains Tulen, atau Sains Teknologi, alamatnya......pecahlah kepala tak lama lagi!

Saya kagum dengan Kak Nik Nur Madihah!Beliau tak pernah menganggap bahawa beliau nih genius. Waktu belajar beliau pun tak tentu masa. Beliau tak ada time table pun! Beliau tak ada kelas tambahan...Tapi, boleh berjaya!Mengapa? Kata beliau, "Saya belajar bila terasa nak belajar tanpa terpaksa dan dipaksa..."

Ok...ok... kali ini saya bukannya hendak menceritakan kehebatan tokoh pelajar cemerlang dalam SPM 2008 ni....perenggan tadi hanyalah sebagai kiasan tak pun sebagai pelengkap supaya entry ni nampak panjang.......
atau sebagai pembakar semangat?
So... Science is not THAT SIMPLE, right?Atas opinion daripada mak dan ayah tercinta, saya cuba untuk melanjutkan pelajaran Tahun 4 dengan pemilihan Sains Tulen.

Sepupu yang terdekat mengambil Sains Pengurusan....jadi, mungkin.... perasaan kita berbeza!
Pabila saya memikirkan Sains Tulen nih, hati tetiba jer menjadi gundah-gulana bak ombak di lautan yang sedang bergelora..... tiada petanda akan meredakan keadaan! Physics ade, Chemistry ade, Biology pun ade!Biology tekang ngat orrrr...
Kak Nik Nur Madihah dapat A2 dalam Biology... yang lain semuanya A1....
takut arrr.....

I'm not that good in Science, but I really don't like to study about Technology like computer programming or some sort like that! like ICT?....emmmm.... saya reject awal-awal!
Sains Pengurusan?
Well...
It doesn't matter if I have to complete 'some-sort-of-akaun-punye-assignment',but... dalam Sains Pengurusan, ade Ekonomi Asas dan saya tak boleh nak catch-up subjek tuh.... URGHHH...
Lukisan Kejuruteraan? All right! I don't know HOW TO DRAW!
so....
it's more like I HAVE TO TAKE BIOLOGY, RIGHT?


urghhh... masih tertekan!
takut tak dapat nak catch up Biology!
TAKNAK FAIL BIOLOGY MACAM RAKSASA FAIL BIO DALAM PREVIOUS ENTRY TUH!

Followers