Tuesday, February 1, 2011

....

Salam...

mengapa kita ditemukan
dan akhirnya kita dipisahkan
mungkinkah menguji kesetiaan...
kejujuran dan kemanisan iman...

Apabila saya menghayati bait-bait dalam nasyid Brothers-Untukmu Teman, otak ini mula berlaga-laga mencari makna di sebalik perpisahan antara sahabat. Dahulu, waktu saya Form 1, hati saya tidaklah sesentuh mana apabila menghadapi situasi perpisahan ini. Mungkin waktu itu, saya 'still fresh' di SMKAKA, jadi perasaan sedih yang menusuk kalbu  tidak hadir lagi waktu itu.

Sekarang....

 perasaan sedih yang teramat mula saya rasa apabila menghadapi situasi perpisahan ini. Mungkin ukhwah dah lama terbina.....hampir 4 tahun! Mungkin disebabkan ukhwah itulah, saya boleh rase keperitan menghadapi perpisahan ini!
Nadhrah -KISAS
Siti- SMK PASIR PUTEH
Umairah- SMAASZA
Syahmi- KISAS
Lutfi-KISAS
Zulhilmi-KISAS

Dan.....
mungkin ramai lagi yang akan menyusur!

Masih saya ingat lagi waktu di Tingkatan 3. Bulan Januari merupakan bulan untuk kite start bertungkus-lumus hafal SEJ, GEO,PAI, BM BAHAGIAN KOMSAS DAN NOVEL, BI BAHAGIAN LITERATURE,buat latihan MT, SN, bace karangan BM dan BI, cari peruncingan tajuk untuk BA dan KH...
 Semuanya kita lakukan bersama-sama....
Kite tension bersama-sama...
Kite bersengkang mata bersama-sama...
Kekadang....
Kite mengeluh sebab kerja sekolah terlalu banyak...   KEKADANG LERRR...
Tapi, itu tak patahkan semangat kita,kan??

Saya ucapkan tahniah sebab dapat tawaran ke sekolah baharu!
Saya tumpang gembira gak!
Kite sedih apabila melalui perpisahan ini...
Kalau ikutkan hati, mahu sahaja saya halang kamu-kamu semua daripada berhijrah... tapi, siapalah saya yang berhak tentukan masa depan kamu-kamu kan?kan?haha...
Tapi,
" boleh jadi kita membenci sesuatu, padahal ia baik untuk kamu.Boleh jadi kita menyukai sesuatu, padahai ia buruk untuk kamu."

last but not least,
buat yang terbaik kat sekolah baru nanti, ek?
apabila kamu-kamu berjaya menaikkan nama sekolah baru, berdiri dan bagitau kepada semua orang bahawa kamu-kamu asalnya pelajar dari SMKAKA! diulangi....SMKAKA!!
Jangan lupakan kami di sini....
kamu-kamu ibarat gunung yang dilindungi oleh awan yang tebal...pabila awan itu berarak, kamu-kamu berdiri megah mempamerkan kesenangan kami!

1 comment:

Followers