Tuesday, February 1, 2011

Cinta vs syukur....

Salam....
salah ke kite mempunyai perasaan untuk bercinta?
tak salah....
tak salah sebab kite hanyalah manusia biasa yang tak berupaya nak menghalang perasaan kita. Semua orang mempunyai perasaan untuk bercinta nih! Even saya  sendiri! Sungguh! Saya mengaku! Sebab saya pun manusia! Cuma.................

Cuma kite hendaklah mengawal perasaan kita daripada terus tunduk kepada nafsu cinta nih!Sesungguhnya definisi cinta itu trlalu banyak... malah mungkin berjuta-juta! Contohnya...

LOVE IS BLIND AND CAN MAKE EVERYONE BLINDS

TRUE LOVE DOES NOT HAVE HAPPY ENDING BECAUSE TURE LOVE DOES NOT END

KISAH PERCINTAAN YANG ROMANTIK MEMBAWA LAKARAN YANG SUKAR UNTUK DITAFSIRKAN...

Dan yang seumpamanya.
saya tidak jiwang... TIDAKKK! sungguh!


macammana boleh terbitnya perasaan cinta nih?
adakah disebabkan parasnya?
atau keimananya?
atau taraf kehidupannya?
semuanya terpulang kepada kita...

memang tak boleh kita nafikan perasaan cinta mungkin boleh datang secara tiba-tiba sahaja dalam hati nih sebab kita mula melangkah ke alam remaja. Alam remaja merupakan alam yang indah, sesuai dengan perasaan cinta yang kebanyakannya berputik semasa kita dalam usia remaja nih! Dahulu.....
jika kita jatuh cinta pada seseorang itu,(dan si dia juga jatuh cinta kepada kita)
kita berasa sangat-sangatlah malu untuk bertentang mata dengannya.Apabila si dia juga tahu bahawa kita menyukainya, si dia pun berasa sangat-sangatlah segan. Dahulu.... orang yang bercinta tidak akan mempamerkan rase cinta mereka yang mula diulit mimpi indah kepada masyarakat sekeliling. Mereka tak berpegangan tangan, tak duduk berdua-duaan di tempat yang gelap.... cukuplah sekadar menjenguk ke luar tingkap.... itupun terpaksa menghendap-hendap, takut diketahui oleh orang tua.
Sekarang....
kita dah tak malu lagi nak tunjukkan kehebatan cinta nih! Kononnya, BERSENI!


Apabila kisah percintaan kita tak sampai ke akhirnya, putus di tengah-tengah jalan....kite terpaksa berkelip-kelip sebab apabila putus, kite tak pasti bila kisah kita akan bersambung semula... Waktu itu, kite mule terfikir,
adakah kita nih hodoh?
tak sempurna bagi matanya?
.......

Lalu, kite beranggapan bahawa kite memang ditakdirkan untuk keseorangan walhal dalam waktu-waktu macam nih, seharusnya kita bermunajat kepada Allah, mintak diampunkan semua dosa kita. Dosa kita kerana bercinta yang belum lagi layak buat kita....
Kita ada perasaan! Perasaan untuk dikasihi dan disayangi! Oleh itu, janganlah semudah itu kite membiarkan perasaan disayangi dan dikasihi dirombak begitu sahaja kepada orang yang belum lagi layak untuk kita!

Who loves you?

Who loves you actually?

Allah....

kekadang ada hikmahnya kenapa cinta kita terputus di tengah jalan. Mungkin Allah nak bagi rahmat kat kite, untuk mengelak kita daripada melakukan sesuatu yang terkutuk! Apatah lagi waktu itu kite masih usia jagung!
Biarkan perasaan dikasihi dan disayangi itu diserahkan kepada Allah Taala. Kite, REMAJA... tanggungjawab kita bukanlah mencari atau menagih cinta sebaliknya menagih ilmu sebagai panduan untuk kite mengharungi onak yang akan mendatang tak lama lagi. Usia remaja tidak seharusnya disia-siakan dengan cinta yang tak pasti boleh membawa kita ke Syurga Al-Jannah!

Orang cakap dari mata turun ke hati....
oleh itu, perkara yang utama untuk mengelak daripada berlakunya renjatan cinta ialah mengawal mata daripada terus dikawal....Anugerah yang Allah berikan iaitu mata dan hati sepatutnya kita gunakan dengan sebaik-baiknya. Lantara itu, kite harus bersyukur ke hadrat Illahi kerana kita dikurniakan mata dan hati yang sempurna dan boleh lagi menjalankan fungsinya dalam kehidupan kite.

Syukurlah kepada Allah kerana kita dikurniakan rasa untuk dicintai....
namun perasaan itu jika dijaga dengan baik dan sempurna, insya-Allah, kite boleh luahkannya kepada orang yang betul-betul layak untuk kita iaitu..... SUAMI!

wallahu`alam....










No comments:

Post a Comment

Followers