Friday, February 18, 2011

Mesir....

Salam...

hari berganti hari....minggu berganti minggu...bulan berganti bulan..... keadaan di asrama baik-baik sahaja.Moga-moga SMKAKA dirahmati Allah hendaknya....

Hari Jumaat....
waktu untuk semua pelajar aspura meninggalkan asrama bagi menunaikan sembahyang Jumaat....

waktu untuk semua pelajar perempuan bersiap sedia untuk bersolat Zohor berjemaah....

waktu untuk kami sejukkan telinga kami dengan bait-bait hikmah yang disampaikan oleh kakak-kakak Form 5 iaitu tazkirah.
Waktu inilah saya teringat akan kakak-kakak ex-form 5. Mereka sering mengadakan tazkirah untuk kami....menuturkan bait-bait bicara untuk kami bagi menyedarkan kami betapa pentingnya kita bermusahabah diri, bermunajat kepada Allah agar setiap perkara diredai-Nya. Amin.... ya Rabbal `Alamin...
hmmmm....
rindu pada kakak-kakak ex-form 5 sebenarnya nih! Moga-moga mereka dirahmati oleh Allah!

                                                               .  .  .
tadi Kak Amira menyampaikan tazkirah fasal Mesir.....
Mesir merupakan negara yang dilanda bencana. Bencana apa? Ya.....
PEMERINTAH mereka merupakan bencana. PEMERINTAH mereka yang meletuskan bencana ini! PEMERINTAH mereka telah memerintah Mesir sejak sekian lama.....terlalu lama!
Bermula daripada  Tun Dr. Mahathir menjadi Menteri Perdana sehinggalah menjadi mantan, PEMERINTAH mereka masih lagi belum bertukar arah! Malah.... segala tugasnya tak pernah berubah! Rasuah...dan segala kerja keji dah sebati dalam hidup PEMERINTAH nih!
Hosnil Mubarak....(pakai tie ala-ala merah)

saya sebenarnya tidak boleh menggantikannya dengan kata nama BELIAU. Hal-ini-dikatakan-demikian-kerana saya tidak mempunyai respek terhadapnya. Kalau saya tiada respek, umat Islam lagilah!
ok...
kenal tak siapa yang berdiri di sebelahnya?
tak kenal?
dialah salah seorang daripada anggota besar ISRAEL LAKNATULLAH!

Kita semua tahu Presiden Hosnil Mubarak memang ada kene-mengena dengan Israel nih! Dialah yang menyekat bantuan daripada sampai ke Gaza. Dengan erti kata lain, dialah yang menutup sempadan Gaza!Tengok.... Presiden nih orang Islam dan merupakan pemerintah negara Islam.Kerana dia, Mesir telah wujud sebagai negara yang mempunyai ikatan yang kuat dengan Israel! Mengapa dia buat macam tu? Mengapa dia sekat Gaza? Mengapa dia umpama lembu dicucuk hidung? Mengapa? Mengapa? Hal-ini-disebabkan Israel telah menawarkan pelbagai jenis bantuan kepadanya. Dia.... umpama orang mengantuk disorongkan bantal!
Kenapa pemerintah ISLAM melakukan perkara sedemikian?Mungkin..........

ya! mungkin dia pengecut! Bimbang jika dia berpaling tadah, segala aset kemewahannya terhapus!
Rakyat Mesir dah lama bersabar! Hari ini, mereka bangun menentang Presiden Hosnil Mubarak yang merupakan diktator yang kejam dan menekan rakyat!

Kak Amira bagitau bahawa sepanjang pemberontakan diadakan, ada satu pemberontakan yang sangat tragik! sewaktu rakyat Mesir membina benteng manusia bagi berlawan dengan polis-polis yang merupakan kerajaan Mesir, pada masa itu telah masuk waktu untuk menunaikan solat. Lantaran itu, salah seorang daripada rakyat Mesir berada di tengah-tengah  melaungkan iqamat! Dan rakyat yang membina benteng manusia tadi mula membuat saf! Kemudian mereka bersolat!Walaupun dalam keadaan huru-hara, mereka masih ingat lagi akan solat! Rasullullah  SAW pernah bersabda bahawa dalam peperangan juga kita boleh bersolat! Kita yang berada di dunia yang mewah nih! Jangan cakap malas nak tunaikan rukun Islam yang ke-2 nih, malah ada yang sengaja meninggalkan solat fardhu nih! Rahmat yang Allah kurniakan tak dapat kita gunakan dengan baik! Cuba bayang kalau negara kita dalam keadaan huru-hara.... macammana agaknya ya?

Semasa mereka bersolat, polis-polis YANG MERUPAKAN KERAJAAN MESIR mula menyembur mereka dengan alat yang digunakan untuk memadamkan kebakaran! hmmmm.... saya tak ingat apa namanya.Alah, macam paip air tuh! tapi besar... macam tu ah lebih kurang...

Cuba bayangkan kalau kite terkena macam tuh, uishhhh... pedih! Pedih takyoh nok kabo ah!Tapi....kuatnya iman mereka nih! mereka teruskan bersolat tanpa menghiraukan kepedihan tuh! Mereka bersatu padu atas dasar Islam! Kita kat Malaysia nih?!!!

Kak Amira bagitau lagi, dia tengok dalam video http://www.youtube.com/ fasal wartawan menemuramah seorang muslimah yang memakai purdah. (Saya cuba search, tak dapat....tak bole post... grrrrr...)
Wartawan tu menyoal...
macammana kalau sekarang masih ada lagi Nabi Muhammad?
Muslimah tu terdiam. Tak terkata. Kemudian, dia menangis.....

Hari ini, Presiden Hosnil Mubarak mengumumkan pengundurannya. Seluruh rakyat Mesir gembira dengan pengundurannya. Mereka telah bebas daripada kuku-kuku besi di dalam negara mereka sendiri!

Heh! Presiden Hosnil Mubarak merupakan boneka kawalan AS dan Zionis. Pengundurannya mungkin satu permulaan....

Oleh itu, kita hendaklah bersatu-padu dalam menegakkan agama kita ini! Saya yakin.... yakin sangat-sangat....
Islam akan memancarkan sinarnya suatu hari nanti! Saya yakin! Walaupun perkara ini akn menambil masa yang lama namun saya tetap yakin!




Heh! Pemerintah si diktator merupakan boneka kerajaan AS dan Zionis...

No comments:

Post a Comment

Followers