Wednesday, December 29, 2010

SMKAKA 2011!

Salam...
2010 dah lepas...
terbenamnya 2010 dan terbitnya 2011 tak lama lagi! Macammana dengan azam kita ya?Adakah  azam 2010 kite telah dilaksanakan dengan baik? Kalau tak dapat dilaksanakan dengan baik, Insya-ALLAH, kite boleh cube yang TERbaik lagi dalam azam 2011 ni!
















MACAM SMKAKA!


VISI SMKAKA!
PENJANA GENERASI UNGGUL TEKNOKRAT AL-QURAN!
Hebat visi nih!
Saya bangga menjadi penuntut ilmu di SMKAKA!
Buat semua pelajar di Smkaka, adakah anda juga bangga menjadi penuntut di sini? Di sinilah kita mengumpul kekuatan, menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran dalam mengharungi rintangan yang tak diundang. Di sini jugalah kita menjadi semakin matang! Di sini kita dikelilingi oleh guru-guru yang sangat dedikasi dan pro dalam bidang yang diceburi...Di sini kita dikelilingi oleh senior-senior yang sentiasa mengambil berat terhadap kita dan melatih kita untuk menjadi lebih berani! Di sini kita dikelilingi oleh junior-junior sebagai pengubat rindu terhadap adik-adik dan kerana junior2 lah, kita berjaya melatih diri kita menjadi senior yang hebat!
ok....ok.....
back to the vision?
macammana? Hebat kan visi nih! Orang cakap pabila sesuatu visi itu cukup hebat, cara untuk kita laksanakannya pun hebat! Bagaimana nak laksanakannya?
 Pabila sesuatu visi itu cukup hebat, semakin banyak rintangan yang datang dan semakin banyak yang perlu kita pelajari...
lalu, bagaimana kita hendak melalui rintangan tu?Semuanya bergantung kepada kita. Visi wujud kerana wujudnya kita.Sama seperti wujudnya sejarah atau peristiwa kerana wujudnya tamadun manusia! Lalu saya tertanya-tanya, adakah kite bersedia untuk menggalas tanggungjawab kita sebagai pelajar yang hebat sejajar dengan visi ni?
Apabila saya melihat visi SMKAKA 2011, tiba-tiba saya rasa berdebar-debar. Bagaimana saya nak lalui tahun 2011 nih? Bagaimana kita nak seimbangkan lahiriah dan rohaniah?Yang penting bagaimanakah kita nak pastikan visi ni berjalan dengan sempurna ?
Semuanya bergantung kepada kita....

Kitalah GENERASI TEKNOKRAT AL-QURAN!

Pen-off...

1 comment:

Followers