Thursday, July 8, 2010

upsr dan pmr dimansuhkan, SETUJU???

Pada zaman yang canggih ini, Malaysia sudah pun semakin maju setaraf dengan negara2 jiran. Hidup dalam zaman teknologi ini memerlukan kita berfikir jauh ke hadapan. Isu memansuhkan UPSR dan PMR nampaknya bukan perkara baru lagi bagi individu yg peka terhadap isu semasa. Sebenarnya, ana dah dengar fasal ni mase ana umor 12 thn....kemudian diperbesar pada hari ini.  Rancangan untuk memansuhkan UPSR dan PMR benar2 mendapat reaksi drpd pelbagai lapisan masyarakat. Drpd yg tidak pernah peka terhadap isu semasa boleh jadi peka disebbkan isu ni...
   Pada pendapat analah, UPSR memang ana tak setuju utk dimansuhkan tapi kalau PMR, ana setuju sangat2....(bukannya taknak ambik PMR, mentang2 dah umo 15 thn...) Selepas mendengar pendapat drpd cikgu ana, Cikgu Rokiah, ana mula berfikir.... beto jugak kata cikgu. UPSR takyahlah nak dimansuhkan....klu dimansuhkan, budk2 thn 6 tak dapat nak mengenal pasti kebolehan mereka dan menyukarkan mereka untuk menentukan sekolah yg mane patut mereka pergi selepas tamatnya sesi persekolahan darjah 6. Kalau dimansuhkan, budak2 darjah 6 tak dapat nak mengurus masa dengan baik. Kalau kite tengok hari ini dah banyak gejala yang berlaku, kalau dimansuhkan, tuisyen takder, kem takder, motivasi takder, makin meningkatklah gejala sosial  drpd kalangan budak2 ni hasil drpd sikap mereka yg tak tahu mcmane nak urus masa dengan baik. Bila UPSR tak dimansuhkan, budak2 darjah 6 boleh  jugaklah gune mase yg ade dengan baik( walaupun sikit2) sbb diorang boleh gi tuisyen, ade kem kat situ, kat sana...
  Lagipun, UPSR kan senang...hehehe...

ok2... fasal PMR pulak... semasa dlm kelas, Cikgu Rokiah suruh kite bukak minda luas-luas... cikgu tanye sorang2. Apa pendapat anda ttg upsr dan pmr? setujukah anda jika peperiksaan ini dimansuhkan? Semasa giliran ana, ana jawab ana tak setuju dengan pemansuhan ini sbb nanti diorang tak pandai nak urus masa dengan baik. Lepastu mulalah mereka terlibat dengan aktiviti yang x berfaedah. Dunia yang penuh dengan gejala sosial semakin meningkat pulaklah lepas ni... gitu aah lebih kurang pendapat ana. Sebenarnya, ana nak jawab ana tak setuju klu UPSR dan PMR dimansuhkan sbb tahun ni ana kene menghadapi PMR. Kalau dimansuhkan, maknenyer generasi tahun depan dpt duduk relakslah... tak macm KAMI hari ini, yg terpaksa mengorbankan hidup remaja yg sepatutnya dilalui dengan penuh keceriaan dengan struggle for PMR. Mane adil, kan? kan? ana nak biarkan generasi tahun depan pun macam KAMI harini jugaklah... terpaksa korbankan kegembiraan... hehehehe.... Sebenarnya, kalau ana ialah generasi tahun depan, ana setuju jer kalu PMR dimansuhkan sbb lepas ni ana takyahlah struggle sampai tengah malam....huhuhu... kawan ana cakap, ``kite kene fikir mase depan. Jangan bagi opinion TAK ADIL....jangan kite pentingkan diri... fikir ape yg terbaik bukan utk kite sorang jer, tapi untuk negara..." gitulah lebih kurang....

No comments:

Post a Comment

Followers