Thursday, July 8, 2010

ORANG YANG CEMERLANG

   Kecemerlangan itu bermula dari dalam. Cemerlangnya dalaman, insya-Allah akan cemerlanglah luarannya.Sesungguhnya impian untuk menjadi manusia yg cemerlang dlm pelbagai bidang merangkumi pelbagai aspek. Berikut ialah ciri2 org yg berjaya:
1: Orang yg cemerlang itu akan merendah diri sekalipun dipuji orang lain...


2: Orang yg cemerlang sentiasa menambahkan ilmu, dia tidak akan berhenti mencari bahkan berusaha dengan lebih gigih lagi mencari ilmu bagai air mencari jenisnya. Dia sedar jika ketandusan ilmu, dia tidak berupaya untuk memulakan langkah, mencipta zaman kegemilangan, mencipta tamadun yg gemilang, menaikkan nama Islam, menjunjung Islam dengan lafaz Basmallah dan niat kerana Allah Taala. Dia juga tabah dan sabar dlm mengharungi onak dan duri yang bolek menyekat perjalanan. Dia juga menjadi individu yg pejar dan tegar.


3: Orang yg cemerlang tidak akan kedekut ilmu. Berbekalkan senyuman, dia akan  mencari jalan dan idea yg bernas bagi menyebarkan ilmu di dada. Dia menjadikan Rasulullah sebagai idola. Pada zaman Rasulullah SAW, baginda menyebarkan dakwah kpd kaum Quraisy. Dawkah baginda disertai dengan strategi iaitu secara sulit dan secara terbuka. Dakwah baginda juga beristiqamah. Pelbagai rintangan yg melanda namun baginda tidak berputus asa dan dengan iringan doa dan keperibadian mulia baginda, akhirnya baginda berjaya mencipta sejarah, sejarah yg terbesar iaitu Kembangnya Agama Islam di seluruh dunia. Saintis Barat juga mengagumi baginda. Bermula dengan itu, lahirlah ilmuan Islam seperti Ibn Sina, Ibn Bhattta dan Al-Khawarizmi.


4: Org yang cemerlang berfikiran positif. Jika dia bertemu dengan kegagalan, dia tidak akan mengeluh bahkan bersyukur dengan ketentuan Illahi dan menganggap segala yang berlaku ada hikmahnya. Org yang berfikiran positif mula jauh drpd Allah. Dia tidak bersyukur bahkan ade yang menyalahkan takdir....sesungguhnya takdir atau qoda ialah ketentuan ALLAH namun Allah itu Maha Penyayang. Bukankah ade qodo mu`alak dan qoda mu`dam.


5: Org yang cemerlang akan berfikir ttg ciptaan ALLAH.siapakah yang mencipta molekul2?Siapakah yang mencipta angin sepoi2 bahasa, apabila mengusap di pipi, hilanglah rasa resah yg bertamu di hati. Siapakah yg mencipta kita? ALLAH...ALLAH... MAHA SUCI ALLAH YANG MENCIPTAKAN SESUATU.Allah melarang kita drpd berfikir ttg zat Allah. Siapakah yang menciptakan Allah?Bukankah setiap sesuatu itu terjadi kerana ade penciptanya, habis tu, siap yang cipta ALLAH? Teman... andai itu terlintas di minda, segeralah dibuang. Semua itu hasutan syaitan semata-mata untuk menggugah iman kita. Teman, org yang cemerlang juga tidak dpt merungkai ttg zat ALLAH yg memilki kesempurnaan keran ianya melangkaui pemikiran manusia yg lemah. fikirlah ALLAH tidak sama dengan makhluk2 yg lain. Mana mungkin pencipta sama dengan makhluk lain. Yakinlah dengan ALLAH. Nikmatilah ciptaan Allah dgn baik. Allah Maha Mengetahui.


Terlalu banyak rasanya ciri2 org yg cemerlang... Untuk menjadi org yang cemerlang bukanlah semudah yg disangka.Pertama, kita harus melawan nafsu kita. Nafsulah yg menyekat kita drpd melakukan kebaikan dan perkara yg bolah mendapat syafaat drpd Allah. Cuba bayangkan apakah yg terjadi jika nafsu tidak diciptakan olah ALLAH?OH... alangkah indahnya hidup ini...oh...alangkah bahagianya... namun, setiap ciptaan Allah ada hikmahnya. Allah mahu menguji kita... dengan nafsu yg selalu mengawal kita, adakh kita berupaya menahannya dan tidak mudah berpaling drpd mengingati Allah?


``Ya Allah, peliharalah kaum Muslimin, Ya Allah, kuatkanlah semnagat jihad dlm kalangan kaum Muslimin, Ya Allah, jgnlah fatamorgana dunia menghalang kami drpd mendapat rahmat-Mu, YA Allah.... Ya Allah, ampunilah kami! Ya Allah, tempatkan Nabi Muhammad SAW di tempat yg terpuji dan tertinggi seperti yg telah Engkau janjikan.... Amin...






 A TRAIN OF SUCCESS CANNOT BE DONE WITHOUT THE TRUCK OF DETERMINATION!!!


THE SPECIAL THING ABOUT KNOWLEDGE IS THAT NO-ONE CAN TAKE IT AWAY FROM YOU!!!!

No comments:

Post a Comment

Followers