Wednesday, March 16, 2011

kehidupan ini penuh dengan warna!

Setiap manusia memerlukan pena. Pena bertanggungjawab dalam membantu menyelesaikan apa jua masalah atau luahan seseorang. Melalui pena, kertas yang kosong tak nampak macam kosong. Cuba kita renung pena, apakah tugasnya?ya.... mencatat dan menulis.... bagaimanakah cara untuk kita menggunakannya?

Jika kita gunakan pena dengan kasar, sudah tentu pena tersebut tidak akan berfungsi dengan seperti yang sepatutnya. Sama juga seperti hidup kita apabila disia-siakan, bagaimanakah jiwa kita hendak tenang???Setiap benda telah ditetapkan fungsinya. Sama juga kehidupan ini telah ditetapkan fungsinya.


Kehidupan kita berwarna-warni. Cantik sangat jika kita pandai menghayatinya. Dalam kehidupan, kita memang tak boleh nak dipisahkan dengan dugaan dan cabaran,kan?an?Saya nak tanya, andai kata kita diberi peluang untuk memilih warna bagi kehidupan yang sentiasa dipenuhi dengan dugaan, warna apa yang kita nak pilih???

Anda suke main kaler-kaler kan?an? Pernah tak campurkan semua warna ke dalam satu kertas? Kalau ikutkan Sains, warna putih akan terhasil jika kesemua warna disatukan. Kalau guna BUNCHO, apabila kesemua warna disatukan, kita akan memperoleh warna hitam!Kalau warna kuning disatukan dengan warna merah, kita akan memperoleh warna jingga! Kalau merah campur biru, warnanya ungu! Jika kuning campur dengan biru, warnanya ialah hijau!

Begitulah dengan kehidupan kita....
andai kata hari ini kita gembira, esok lusa akan ade perasaan sedih. Kalau hari ini kita terluka, esok lusa akan ade perasaan tenang! Kalau hari ini kita baik, esok lusa kita jahat! hehehehe....

Andai kata kehidupan kita sentiasa berwarna putih......macammana perasaan kita, erk? Tak syok ah! kan?an?

Jangan sia-siakan hidup ini walaupun kehidupan kita terlalu COMPLICATED!Sentiasalah bermusahabah diri dan bermunajat kepada ALLAH supaya membantu kita dalam segenap perkara kerana Dialah yang mampu menolong kita. Waktu kita keseorangan, Dia ada bersama-sama kita. Jika kita tak beramal, jiwa kita tidak akan tenteram, perasaan bercampur-baur dan  sangat-sangatlah tertekan sehingga kita tak tau mana satu hak, mana satu yang batil. Kita mula merasakan kehidupan nih tak layak buat kita, lantas, kita mengambil keputusan untuk SUICIDAL!

Awak!
Awak putus cintakah?!
Awak frust sebab cinta awak cuma di pertengahan jalan sajakah?!
Awak dah tertekan sangat-sangatkah?!
Awak fikir bahawa kehidupan nih dah tak bermakna lagi?!!

Kamu!
Kamu gagal dalam peperiksaan,kah?
Kamu tertekan sebab kamu tak dapat nak menggembirakan ibu bapa kamu?!
Oleh itu, adakah dengan sengajanya kamu terfikir bahawa kamulah yang paling malang?!!!

Awak!
awak  fikir ibu bapa awak marah-marahkan awak sebab benci akan awak?!
awak fikir awak jer yang kena dipersalahkan?!
adakah awak fikir bahawa hidup ini tak ada peluang yang cerah untuk diri awak?!

Saya bukannya terer sangat nak huraikan fasal kehidupan nih tapi siapalah yang suka masalah, kan? Siapalah yang suka kehidupan yang sangat-sangat COMPLICATED, kan?kan?Tapi, anggaplah ini sebahagian cubaan daripada Allah. Kan kehidupan ini berwarna-warni. Ada masanya kita terpaksa guna warna hitam, ade kalanya kita terpaksa guna warna putih etc, etc...

Ingatlah,setiap perkara ada hikmahnya. Oleh itu, jangan sedih kalau kehidupan kita is not full of happiness macam kehidupan orang lain. Manalah tau kot-kot tak lama lagi Allah bagi yang lebih baik untuk kita, kan?kan?

Ingatlah, kan kehidupan kita berwarna-warni.....

No comments:

Post a Comment

Followers