Friday, January 21, 2011

Turunnya Nabi Isa...

Salam...
Terdetik di hati ini untuk meceritakan peristiwa di akhir zaman kelak...

Turunnya Nabi Isa a.s. pada akhir zaman merupakan aqidah yang wajib diimani oleh setiap orang Islam. Dalam surah al-Nisa' ayat 157 dan 158 yang bermaksud:

"Padahal mereka tidak membunuhnya (Isa a.s.) dan tidah pula menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang orang yang berselisih faham tentang (pembunuhan) Isa benar-benar dalam keraguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapakah yang dibunuh itu, kecuali mengikut sangkaan belaka. Mereka tidak pula yakin bahawa yang mereka bunuh itu alah Isa.(yang sebenarnya) Allah telah mengangkat Nabi Isa kepada-Nya. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Penyayang.

 Manakala pada ayat 159 pula Allah s.w.t. mengkhabarkan: "Tidak seorang pun daripada ahli kitab, kecuali akan beriman keadanya(Isa), sebelum wafatnya (Isa,). Dan pada hari kiamat nanti, Isa akan menjadi saksi terhadap mereka".



TERSEBARNYA KEDAMAIAN DI MUKA BUMI


Iman Ahmad meriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A. bahawa Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Para Nabi adalah saudara sebapa, ibu mereka berbeza-beza, tetapi agama mereka cuma satu! Aku adalah manusia yang paling dekat dengan Isa bin Maryam kerana tidak ada Nabi di antara dia dan aku. Dan sesungguhnya dia akan turun. Apabila kalian melihatnya, maka kenalilah, dia adalah seorang lelaki yang berperawakan sederhana, berkulit putih kemerah-merahan, dia memakai dua helai baju yang berwarna kuning-kekuningan, seakan-akan (rambut) di kepalanya menitiskan air, walaupun tidak basah (kiasan yang bermaksud keelokan dan kebersihannya.) Dia akan mematahkan salib, membunuh babi-babi, menghapuskan jizyah dan menyeru manusia kepada Islam.

"Pada zamannya Allah akan menghancurkan seluruh agama kecuali Islam.Dan pada zamannya juga Allah akan membinasakan al-Masih al-Dajjal.Kemudian terciptanya  kedamaian di muka bumi, sehingga singa bersama unta yang sedang meragut rumput, harimau bersama lembu, serigala bersama kabing dan anak-anak kecil bermain  dengan ular tanpa membahayakan mereka. Beliau akan tinggal bersama mereka selama 40 tahun, kemudian wafat. Kaum Muslimin kealk akan mensolatkan jenazahnya." (Riwayat Abu Daud)

Moga-moga kita sempat bermusahabah diri kerana kelak kita akan dijemput oleh Allah dan tiada sesiapa pun yang boleh melarikan diri daripadanya.....

No comments:

Post a Comment

Followers