Monday, November 23, 2009

KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA...

SAHABAT...
apa ertinya sahabat?
mungkin macam iklan fair and lovely, tiap hari sayang....
mungkin juga macam iklan (entahlah dah tak ingat), kerana dirimu begitu berharga...
ayah kate sahabat ni,
habis madu sepah dibuang!!!
mak kate,hati2 dgn sahabat...
mcm iklan dalam ASTRO, macam-macam ada...
tapi, bagi ana, sahabat ni umpama satu pertemuan yang apabila pada akhirnya lahirlah perpisahan.
mcm dalam nasyid ni....dengar yer...

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan
Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan
C/O 1: Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala
(*) Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan
Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan
C/O 2:
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada
Tuhan Lantaran diri hamba kerdil dan hina
Ulang (*)
Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan
Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi
Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan Yang
terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

No comments:

Post a Comment

Followers