Friday, February 12, 2010

PERKONGSIAN ILMU...

  Salam sejahtera...
dah lama ana tak tulis dlm entry kali ni...
al-maklumlah, ana ade kat asrama, tak sempatlah nak bukak blog ni....
baru ana perasan, baru 2 entry ana tulis untuk tahun ni???
 tapi, takpelah...
For your information, ana tahun akan menghadapi PMR...DOA-DOAKAN ANA YER?





















                                . . .








tadi, dlm perjalan ana ke Kuantan, Ana dengar ceramah dlm radio...ceramah tu pasal hal-hal rumah tangga...(walaupun ana lambat lagi nak kecapi alam rumah tangga tu, tapi...sekali-sekala nak dengar takpa, kan?bukannya dosa pun...
ana tertarik dengan cara penyampaian dia dlm ceramah tu sbb dia menyelitkan kisah ttg zaman Rasulullah, junjungan kita.
mcm ni kisah die....


Saidina Ali terkenal sebagai seorang suami yg bertanggungjawab dan antara yg terawal memeluk Islam....kerana itulah beliau mendapat gelaran `Allah memuliakan wajahnya'....suatu hari, isteri beliau, Saiditina Fatimah mengidam buah epal....katanya "aku sudah tiga bulan mengidam buah epal, oleh sebab aku tidak tahan lagi, aku mahu engkau membelikan epal untukku..." maka jawab Saidina Ali, "ma `indi fulus (aku tiada duit)
Saiditina Fatimah segra berkata, "Tolonglah aku, suamiku yg disayangi....sudah tiga bulan aku mengidam buah epal ni..."Oleh sbb Saidina Ali terlalu sayang akan isterinya, maka dia menjawab "engkau pergilah mencari di atas rumah atau di sekitarnya, takut2 terjumpa duit..."
maka Saiditina Fatimah terus mencari duit tersebut di dlm rumahnya....(duit mereka sebenarnya...) tup...tap...tup...tap...akhirnya, Saiditina Fatimah terjumpa duit sebanyak 30 sen(ikut nilai Malaysia...)
zaman tu...kalu nak beli epal kene ade duit sebanyak 50 sen...so, bila Saidina Ali tau duit tu tak cukup, dia terus shj pergi membeli buah epal tuu...sesampainya beliau di pasar, 
"aku mahu beli buah epal yg nilainya 30 sen..."
maka jawab penjual epal, "kalau engkau mahu buah epal yg bernilai 30 sen, ade kat tepi nun..."sambil menunjukkan buah epal tu,"tapi, buah epal yg bernilai 30 sen tuu... tak berape elok, separuh boleh dimakan dan separuh lagi sudah rosak..."
"takpalah,, aslkan epal...(gitulah lbh kurang...)
dlm perjalanan, beliau terjumpa dgn seorang fakir miskin yg sudah 3 hari terpaksa berlapar....
"aku sudah 3 hari tak menjamah apa2apa pun makanan, jika engkau mempunyai makanan, kasilah kpd ku..."
Saidina Ali tak pandai nok kelentong atau tipu dpn fakir miskin ni, dok mcm zaman skrg ni, dohlah pandai kelentong, curi pulok...aduisshhh...
so, Saidina Ali pun belah separuh drpd epal tu, separuh yg rosak dibuang, separuh lagi dibelah suku dan diberikan kpd fakir miskin tadi...
Sesungguhnya Allah akan menguji hamba-Nya yg mempunyai sifat pekerti seperti Saidina Ali...
dlm perjalanan, beliau terjumpa lagi dgn kair miskin...kali ini, fakir miskin tersebut tak tau berapa hari dia tak makan..."wahai hamba Allah, aku tak tau berapa hari aku dah tak makan, jika engkau mempunyai makanan, kasilah kpd aku..."
Saidina Ali serba salah...epal cuma tinggal suku shj untuk diberikan kpd isterinya."aku tak boleh berikan  epal ini untuk kau...epal ini untuk isteriku..."
"jika engkau tidak memberikan aku makanan, silap-silap nanti aku akan mati di sini...maka aku akan jadikan kau sebagai pembunuh." "betol juga..."bisik hatinya.Lalu, diberikannya suku epal tadi tu kpd fakir miskin....
sesampai di rumah, Saidatina Fatimah sudah berada di dpn pintu, mengukir senyuman untuk suamninya yg tercinta...
"sudah beli buah epal, suamiku?"
maka, dengan segenap kekuatan yg ada ,Saidina Ali memulakan bicara.Tiba-tiba, mereka terdengar ketukan pintu. 
"Wahai sahabatku...aku ada membawa epal-epal ini untuk engkau dan isteri kau..."
maka dengan lafaz kesyukuran, Saidina Ali menerima buah-buah epal yg masak ranum itu lantas diberian kpd isterinya....


moral....


  • kalau nampak org dlm kesusahan ker, kene tolong dia...atau mereka....tak rugi...malah dpt ganjaran pahala.
  • buatlah yg terbaik untuk isteri/suami.
  • sentiasa bertolak-ansur dlm mendirikan rumah tangga....
“ perumpamaan bagi orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan bagi sesiapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui” – (albaqarah:261)

No comments:

Post a Comment

Followers