Thursday, March 17, 2011

Depan komputer...

Ape yang saya buat kalau dah ade kat depan komputer????

okey...okey...

pertama kali, saya akan BUKAK FACEBOOK! Mana tau kot-kot ade kawan yang add saya!~.~Kalau takde, akan saya melihat foto-foto dan menyiasat status rakan-rakan....

Selepas Facebook, saya akan bukak YouTube pulak!

Ketiga, menjadi BLOGWALKING atau menulis dalam BBBLLLOOOGGG!!!!

Keempat, layari laman web DEVIANART.COM.

Kelima,KOREA!

Keenam, maklumat untuk kerja-kerja sekolah!~heeeee~





p/s: untuk memastikan tidak dimarahi oleh emak, tangan sentiasa kena pegang buku walaupun berada di depan komputer!<------------ JANGAN TIRU DEHH! Cara ini bukanlah menjadi faktor untuk kite berjaya dalam peperiksaan nanti!










Apa yang anda akan buat kalau and ade kat depan komputer a.k.a. laptop. ha?ha?

Wednesday, March 16, 2011

kehidupan ini penuh dengan warna!

Setiap manusia memerlukan pena. Pena bertanggungjawab dalam membantu menyelesaikan apa jua masalah atau luahan seseorang. Melalui pena, kertas yang kosong tak nampak macam kosong. Cuba kita renung pena, apakah tugasnya?ya.... mencatat dan menulis.... bagaimanakah cara untuk kita menggunakannya?

Jika kita gunakan pena dengan kasar, sudah tentu pena tersebut tidak akan berfungsi dengan seperti yang sepatutnya. Sama juga seperti hidup kita apabila disia-siakan, bagaimanakah jiwa kita hendak tenang???Setiap benda telah ditetapkan fungsinya. Sama juga kehidupan ini telah ditetapkan fungsinya.


Kehidupan kita berwarna-warni. Cantik sangat jika kita pandai menghayatinya. Dalam kehidupan, kita memang tak boleh nak dipisahkan dengan dugaan dan cabaran,kan?an?Saya nak tanya, andai kata kita diberi peluang untuk memilih warna bagi kehidupan yang sentiasa dipenuhi dengan dugaan, warna apa yang kita nak pilih???

Anda suke main kaler-kaler kan?an? Pernah tak campurkan semua warna ke dalam satu kertas? Kalau ikutkan Sains, warna putih akan terhasil jika kesemua warna disatukan. Kalau guna BUNCHO, apabila kesemua warna disatukan, kita akan memperoleh warna hitam!Kalau warna kuning disatukan dengan warna merah, kita akan memperoleh warna jingga! Kalau merah campur biru, warnanya ungu! Jika kuning campur dengan biru, warnanya ialah hijau!

Begitulah dengan kehidupan kita....
andai kata hari ini kita gembira, esok lusa akan ade perasaan sedih. Kalau hari ini kita terluka, esok lusa akan ade perasaan tenang! Kalau hari ini kita baik, esok lusa kita jahat! hehehehe....

Andai kata kehidupan kita sentiasa berwarna putih......macammana perasaan kita, erk? Tak syok ah! kan?an?

Jangan sia-siakan hidup ini walaupun kehidupan kita terlalu COMPLICATED!Sentiasalah bermusahabah diri dan bermunajat kepada ALLAH supaya membantu kita dalam segenap perkara kerana Dialah yang mampu menolong kita. Waktu kita keseorangan, Dia ada bersama-sama kita. Jika kita tak beramal, jiwa kita tidak akan tenteram, perasaan bercampur-baur dan  sangat-sangatlah tertekan sehingga kita tak tau mana satu hak, mana satu yang batil. Kita mula merasakan kehidupan nih tak layak buat kita, lantas, kita mengambil keputusan untuk SUICIDAL!

Awak!
Awak putus cintakah?!
Awak frust sebab cinta awak cuma di pertengahan jalan sajakah?!
Awak dah tertekan sangat-sangatkah?!
Awak fikir bahawa kehidupan nih dah tak bermakna lagi?!!

Kamu!
Kamu gagal dalam peperiksaan,kah?
Kamu tertekan sebab kamu tak dapat nak menggembirakan ibu bapa kamu?!
Oleh itu, adakah dengan sengajanya kamu terfikir bahawa kamulah yang paling malang?!!!

Awak!
awak  fikir ibu bapa awak marah-marahkan awak sebab benci akan awak?!
awak fikir awak jer yang kena dipersalahkan?!
adakah awak fikir bahawa hidup ini tak ada peluang yang cerah untuk diri awak?!

Saya bukannya terer sangat nak huraikan fasal kehidupan nih tapi siapalah yang suka masalah, kan? Siapalah yang suka kehidupan yang sangat-sangat COMPLICATED, kan?kan?Tapi, anggaplah ini sebahagian cubaan daripada Allah. Kan kehidupan ini berwarna-warni. Ada masanya kita terpaksa guna warna hitam, ade kalanya kita terpaksa guna warna putih etc, etc...

Ingatlah,setiap perkara ada hikmahnya. Oleh itu, jangan sedih kalau kehidupan kita is not full of happiness macam kehidupan orang lain. Manalah tau kot-kot tak lama lagi Allah bagi yang lebih baik untuk kita, kan?kan?

Ingatlah, kan kehidupan kita berwarna-warni.....

Monday, March 14, 2011

i love you!

i love it! i love you although you always keep torturing me like a machine who needs to work hard!
So dear Chemistry,
I will TACKLE you and I dont care!
So dear Chemistry,
just you wait!
grrrrrr.....

p/s:  anyway, why is Chemistry has to be a mother of Science???


maulud...maulud...

sebelum maulud nih, kami semua kene hias kelas, biar perggghhh gitu!
hahahha... kononnya esok ade pertandingan keceriaan kelas jugaklah semasa maulud nih, last last takde pun....
YEAH...thats right!
hehehe....


so,so....
kelas kami menang sepanduk!
JOHAN!
Walaupun tak menang dalam kategori perarakan terbaik macam taon lepas, takpe....insya-ALLAH, tahun depan ade rezeki.....






Sunday, March 13, 2011

aku terlalu....

Suatu hari, saya berbual-bual dengan seorang rakan. Katanya, dia mahu melanjutkan pelajaran di luar negara. Saya mengangguk-angguk. Katanya lagi, dia mahu menikmati suasana di negara yang mempunyai empat musim nih. Saya mengangguk-angguk. Kemudian, dia merenung saya. Saya buat muka innocent jer... kemudian, hati ini tersentak. "Aku..... aku.....boleh ke aku melanjutkan pelajaran ke luar negara? Boleh ke?" Saya merenung wajahnya kembali, kemudian tersenyum.... Saya memujinya kerana dia mempunyai keyakinan dalam melakukan sesuatu perkara. Sesuatu yang dia inginkan akan dia capai dengan bersungguh-sungguh. Saya kagum dengannya. Pernah saya bagitau bahawa saya kagum dengannya, dia hanya diam.Kemuadian, dia tersenyum. Sebab dia kot, saya jadi bersemangat untuk bersaing dengan dunia luar... cewaaaahhhhh!!

Saya menghargai kata-katanya...

"You're the most intelligent friend..."

iya... saya menghargai kata-katanya biar pun dia lebih hebat daripada saya.

emmm...

kenapa ek? kenapa saya lack of confident?
kenape ek?
kekadang, kekurangan tuh membuatkan saya rasa rendah diri....
dan...
perasaan saya selalu berbisik :" dunia yang kamu duduki ini sedang melancarkan konspirasi terhadap kamu!!!!"
saya....

saya nak buktikan kepada semua orang bahawa saya boleh sahut apa pun cabaran!!!
sebab...
SEBAB SAYA BOLEH!

jadi apew???

"Nanti, ambilkan homework kat atas meja cikgu ya...."

Kami tersenyum apabila cikgu cakap macam tuh...

"cikgu bagi homework kasi double punya, boleh?"

Kami mengangguk-angguk tanda setuju.

"Homework nih cikgu taknak dengar ade antara kamu-kamu nih tak siap lagi kerja sekolah!"

Kami cakap, "Bereh cikgu!!!!"

Tapi...

waktu pulang dari sekolah, kami hanya memandang buku itu tanpa berkata apa-apa.

Sepi....

hmmmm...


Wednesday, February 23, 2011

i`m trying to think of this relation...

Salam!
ADD MATH!
Yeah! kenape saya tulis ADD MATH? Pernahkah anda terfikir tentang siapa pencipta ADD MATH nih?(Jangan tanya saya.... saya tak tau!)

Haha....
bak kata Cikgu Shafiee, " kalau tak faham, buat-buat faham!"
Yeah!
Add Math nih senang jer...senang yang macammane tuh?
Well, Add Math is as easy as Add Math!
Biase ah.... setiap hari kita akan belajar benda yang baru, kita kutip ilmu-ilmu yang baru.
Biase ah.... mula-mula kita belajar sesuatu, bukannya sepantas kilat kita dah faham keseluruhannya, betul tak? Hatta Albert Einstein pun rase susah semase mula-mula nak start belajar ni, kan?kan?kan?

Jika saya tak boleh nak solve soalan Add Math nih, saya akan cakap,
"Aishhh.. siapalah yang cipta Add Math nih?"
hahaha.... begitu dangkalnya pemikiran saya waktu itu!
Ape-ape pun, tak mustahil kalau kita dapat menguasai sesuatu yang pada mulanya di luar kemampuan kita.

Adoyai.... Kak Nana boleh dapat 90 lebih ADD MATH,apasal aku selalu jer mikir tak boleh buat nih?!
Belum lagi exam dah starting mikir yang bukan-bukan....
Me always lack of confidence...
takpe...
caiyookk!
tawakal! Allah ade!

Followers